Photo Albums at WiddlyTinks.com
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Aktiviti di hari birthday sultan selangor

Hari rabu lepas hari cuti untuk selangor kan..oh yeah
Hehe kami laki bini da plan awal2 lg selepas plan asal tak jadi untuk g sg buloh cari pokok bunga n rumput mutiara untuk laman umah yg skerat tu hehe
Plan asal nk ke jb sbb kwn hubby kawen weekend ni
Tp tak jadi sbb dia tak dapat cuti
So kt plan lain la..

sebelum ni da pegi sekali kat sg buloh..masa tu bajet ciput so beli rumput sikit je
tapi kali ni pon beli sikit jugak hahahaha
takpa sikit-sikit, lama-lama merebak penuh la satu laman hahaha
pastu ingat nak beli pokok or bunga yang cantik-cantik ke
tapi bila da kat sana hubby cakap takyah la bunga-bunga..kita cari pokok je
ceh tak berseri la laman aku..huh~


tema kami MU haha..padahal kalah kan..malu je


ni antara kedai2 yang ktrg singgah la
tau je la sg buloh tu..banyak gila kan nursery..
memang rambang mata la..sediakan duit je
hah ko ingat shopping baju anak je aku rambang mata??
kat landskap pon aku rambang mata gak tau hahaha (dasar =p)

perjalanan kami terlebih masa nak sampai sana tau
punye la 'dekat'...amek masa almost 2 jam dr saujana putra nak ke sg buloh kahkahkah
haruslah sesat barat kan nk sampai sana
laki aku tu suka buat muka confident padahal tak tahu jalan..sabar je la aku
mengundang betol...mengundang kemarahan..ceh
guna GPS pon ntah jalan mana die tunjuk
landmark ape kitorang pon tak ingat
da tu nk search pon alamat general sangat
ntah sg buloh mana la die tunjuk hahaha

nasib masa on d way ada tapau mcD
kalo tak, peh ada yg sampai cameron highland pulak kan..eh =p
sampai je sana bole pulak ujan..
dok la dalam keta dulu makan mcD
hujan reda sket baru kitorang turun hehe

salah satu tujuan dtg sni nak cari rumput mutiara
masa bulan 6 hari tu da beli sikit
so nak sambung lagi la kat tanah yg belum ada rumput tu
masa bln 6 hari tu kitorang beli rumput sekeping RM1.50
tetiba pulak dtg kali ni da jadi RM1.80
baru brape bulan je kot
beiya la aku argue dgn mat bangla tu
ak tipu cakap bulan lepas dtg beli RM1.50
dia cakap baru bulan ni naik RM1.80
ekeleh dasar betol la..

ikut laki aku die nak amek je sbb dia jenis tak suka pening-pening
kalo ikut aku, "dah..jom g kedai lain!" hahaha
pastu bangla tu bg la RM1.70..
aku mintak RM1.60 jugak..kahkahkah
kr deal la..kitorang pilih la pokok2 lain yg kitorang nak..lama jugak la kat kedai tu
kalo tak silap no kedai tu LOT 53..kat sana kan main Nombor2 je..
last time pon kitorang beli kat sni gak..
ok so pilih punya pilih sume skali settle, bila nak kira bangla tu kasi gak rumput mutiara RM1.50/kaki
hahaha yeah berjaya gak kitorang..ok tu satu
bila kitorang kira total RM144
tp bila die kira banyak yg dia kasi diskaun n FREE
so total loss RM124..waaah TQ la abg LA..
dia kata next time dtg cari die lagi hehehe

so ni la proses menanam pokok & rumput
kena buang dulu batu-batu yang banyak tu
biasa la contractor takkan bagi ko tanah sume ye
segala jenis dan saiz batu pon ade

SEBELUM

lupa nak amek gmba yg belom tanam pokok..pokok tepi tu pon baru beli..dapat sepasu RM5.00



SELEPAS

ni da siap tanam pokok tepi tu..letak batu putih & tanam rumput..beli 20 keping dapat sikit ni je huhu
  
SEBELUM
belum berpasu pokok2 saya




SELEPAS


Nampak tak cantik pulak takda alas pasu

ni kat tepi..mcm kena tambah lagi je pokok & pasu..nampak rumput ijau tu..masa awal dulu bertompok2 je tp lama2 rumput merebak la hehe
kat area pokok heliconia ni masih belum siap..pagar takcukup panjang pulak


ni bunga seketul yang ak beriya nak beli jugak..bunga tak tahu nama haha..letak kat tiang seri umah =p


ni budak yang makan tanah..makpak sibuk tanam bunga dia boleh pulak cungkil tanah dalam pasu rasa secubit..mmm

mmm nampak gaya mcm masih kosong lagi..
memang kena berjimat lagi la untuk hias lagi landskap umah ni..
idea pokok2 ni amek sikit dr idea umah kakak aku kat johor..
suami dia landscape designer..so pokok2 ni mmg bidang dia la..
nak soh dia design free untuk landskap kitorang, jauh la pulak..
umah aku pon dia tak sampai lagi..
dia jarang dtg KL..
kalo umah dia tu slalu la kitorang g sbb ktrg slalu g JB..huhu
ok next BONUS LAKI AKU nak beli rumput kasi penuh smpai belakang umah
bonus dia ye..aku takda bonus..hahaha
sesapa ade idea bole la kasi tips..
sbb kitorang ni tak tahu pokok ape yang cantik2 plus senang jaga..
till then..

P/s: gmba ni untuk tunjuk je hasil kerja kami n share ideas tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk ye..hehe

No comments:

Post a Comment

salam sayang,